Powered By Blogger

Sunday, October 10, 2010

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


AKTA 452 

AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya. 

Pendaftaran Majikan

Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil berkerja untuknya.


Apakah tujuan mendaftar KWSP
Tujuan pekerja didaftarkan adalah untuk mewujudkan akaun bagi membolehkan caruman yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja itu dikreditkan ke akaun tersebut.

Siapakah Pekerja
Pekerja adalah seseorang yang bekerja di bawah satu kontrak perkhidmatan atau perantisan, sama ada secara bertulis atau lisan, dan sama ada dinyatakan atau tersirat untuk bekerja dengan sesebuah majikan.

Manfaat sebagai ahli dan mempunyai simpanan KWSP ialah: 

1. Faedah persaraan iaitu sumbangan dari majikan dan pekerja
2. Dividen tahunan ke atas simpanan
3. Bantuan Kematian / Hilang Upaya
4. Pelepasan cukai sehingga maksimum RM5,000 dan pelepasan cukai ke atas simpanan yang dikeluarkan. 

Kadar semasa caruman 
1. Pekerja = 11% 
2. Majikan = 12% 
3. Pekerja Warga Asing = 8%
4. Majikan Untuk Pekerja Warga Asing ( sebelum 1 Ogos 1998 ) = 12%
5. Majikan Untuk Pekerja Warga Asing ( selepas 1 Ogos 1998 )   = RM5

Dokumen Pendaftaran Majikan:
1. Salinan No Kad Pengenalan @ Pasport
2. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3. Borang KWSP 1

Setelah Pendaftaran di lakukan, Anda akan menerima salinan Surat Pendaftaran Majikan. Di dalam surat pendaftaran tersebut mempunyai KOD MAJIKAN yang akan digunakan untuk setiap pembayaran caruman.

Dokumen Pendaftaran Pekerja:
1. Salinan No Kad Pengenalan @ Pasport
2. Borang Permohonan Ahli - Borang KWSP 9B (AHL)

Pembayaran Caruman Boleh Dibuat Di:
1. Kaunter-Kaunter Pejabat KWSP Negeri
2. KWSP Cawangan
3. Agen-agen kutipan seperti Maybank Bhd, RHB, Public Bank Bhd, BSN
4. Internet melalui Bizchannel (BCB), PBeBank.com (Public Bank) dan Maybank2e.net (Maybank).
Sila Layari LEMBAHA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) untuk Info seterusnya

No comments: