Powered By Blogger

Sunday, October 10, 2010

1. Info Memulakan Perniagaan


Salam 1 Malaysia

Bagaimana hendak memulakan perniagaan. Mungkin ada dikalangan anda sudah biasa dengan dunia perniagaan, dan mungkin ada juga dikalangan anda tidak tahu bagaimana hendak memulakan perniagaan.


Di sini saya ada sediakan serba sedikit pengalaman saya dalam dunia perniagaan.
Walau bagaimanapun, mula-mula kita perlu ketahui macam mana hendak buka perniagaan.

Langkah 1

1.1 Perkara yang paling utama ialah merancang perniagaan anda. Apa yang hendak anda jual kepada pelanggan atau memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.

1.2 Setelah merancang perniagaan anda. Perkara yang berikutnya ialah Lokasi perniagaan anda. Lokasi merupakan aset yang paling penting dalam merancang perniagaan.

Langkah 2

2.1 Setelah anda merangcang dan menetapkan lokasi tempat yang anda ingin mulakan perniagaan. Anda hendaklah membuat kira-kira (modal yang diperlukan) untuk memulakan perniagaan.

2.2 Jika modal yang diperlukan sudah dikenal pasti, Yang berikutnya ialah merangcang jenis perniagaan, sama ada dalam bentuk perkongsian atau persendirian.

2.3 Jika anda tidak mempunyai modal yang mencukupi, anda disarankan mendapatkan bantuan kewangan dari ahli keluarga terlebih dahulu. Jika tiada, minta bantuan rakan-rakan anda yang difikirkan boleh membantu.

2.4 Jika sumber kewangan bukan dari anda sendiri, cuba berbincang dengan orang yang membantu kewangan anda sama ada mereka ingin turut serta dalam dunia perniagaan anda atau anda sendiri yang fikirkan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sila Layari Daftar Peniagaan Untuk Info Yang Seterusnya

2. Daftar Perniagaan


Langkah seterunya, Setelah anda selesai Merangcang Perniagaan dan Memilih Lokasi Perniagaan, Anda wajib mendaftarkan Syarikat anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Apa yang diperlukan untuk mendaftarkan Syarikat anda?  Sudah tentu beberapa dokumen yang diperlukan.

1. Salinan Kad Pengenalan ( bagi syarikat pemilikan tunggal sahaja )


2. Salinan Kad Pengenalan Rakan Kongsi ( bagi syarikat perkongsian setiap rakan kongsi )


3. Salinan Perjanjian Perkongsian ( jika ada )


4. Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari agensi lain (jika ada )

Berapa pula bayaran ( RM ) yang dikenakan:

1. Milikan Tunggal - Jika guna nama seperti di dalam No Kad Pengenalan Cuma RM 30.00 sahaja

2. Milikan Tunggal / Perkongsian - Guna nama perniagaan cuma RM 60.00 sahaja

3. Pendaftaran Cawangan - RM5.00 setiap cawangan

4. Salinan Maklumat Perniagaan - RM 10.00 sahaja

Selepas anda selesai membuat pendaftaran perniagaan dengan SSM, anda sudah mempunyai Syarikat Idaman Anda sendiri. 

Rupa-rupanya senang sahaja hendak membuka perniagaan ini.....

* Tetapi anda harus ingat... SSM mempunyai Garis Panduan dan    Akta Syarikat yang perlu dipatuhi oleh setiap pemilik perniagaan. 

* Saya sarankan agar tuan/puan membaca setiap Garis Panduan dan Akta Syarikat yang telah ditetapkan oleh pihak SSM

Bila sudah mendaftar dan mematuhi segala garis panduan serta akta syarikat.... jangan lupa pergi ke Bank untuk membuka akaun syarikat 

Sila layari Buka Akaun untuk Info seterusnya

3. Buka Akaun Maybank @ Cimb Bank





Tujuan saya memberi cadangan supaya membuka akaun seperti Maybank dan Cimb Bank, bukan kerana hendak mempromosikan kedua-dua bank tersebut. 

Tetapi kebanyakan Syarikat di Malaysia membuka akaun syarikat di kedua-dua bank tersebut, Ini kerana untuk memudahkan anda berurusan dengan pihak perbankan. Boleh di katakan kedua-dua bank tersebut terdapat di seluruh Malaysia.

Terpulang  kepada anda untuk memilih bank yang mana satu yang di fikirkan mudah untuk anda berurusan.

Anda mestilah bijak memilih perbankan, supaya perkhidmatan perbankan yang diberikan memuaskan dan memberi banyak kemudahan-kemudahan perbankan.

Dokumen yang  perlu sediakan ialah:

1. Sendirian Berhad
 
- Form 49
- Form 23
- Resolusi untuk membuka akaun yang ditandatangani oleh semua direktor
- Sijil pendaftaran syarikat
- Salinan kad pengenalan semua direktor

2. Pemilikan Tunggal/Perkongsian:     
   
- IC/ Passport        
- Sijil pendaftaran Syarikat
- Form PN23 atau Form A dan Form B
- Perjanjian perkongsian (jika ada - untuk akaun perkongsian sahaja)

Deposit minima yang diperlukan untuk membuka akaun semasa Maybank adalah  RM2000.00. dan Cimb Bank RM 1000 keatas. 

* Juga di ingatkan kepada anda supaya mendapatkan rujukan @ pengesyoran daripada rakan/syarikat yang  memiliki akaun semasa yang melebihi 6 bulan pembukaan akaun , Pihak Perbankan memerlukan rujukan @ pengesyoran tersebut  untuk membuka akaun semasa bagi pemilikan tunggal dan perkongsian.

Rujukan @ pengesyoran adalah standard procedure yang di kenakan oleh pihak perbankan.

*Pihak Perbankan berhak menolak permohonan Syarikat anda di atas sebab-sebab tertentu.

Sila layari Cerita Selepas Buka Akaun untuk Info seterusnya




 




                                              

4. Cerita Selepas Buka Akaun Syarikat


Sudah tentu anda tidak sabar untuk memulakan perniagaan bukan, setelah semua urusan daftar syarikat dan pembukaan akaun syarikat selesai. Langkah berikutnya yang anda perlu lakukan ialah memikirkan peluang-peluang perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan.

Disini saya ada senaraikan beberapa Jenis perniagaan terdapat di Malaysia.
1.   Binaan Bangunan / Ubah Suai Rumah
2.   Alat Tulis / Percetakan / Buku
3.   Makanan / Minuman / Katering
4.   Perkakas Komputer / Networking / Sistem / Service / Website
5.   Baju / Kain / Kasut / Songkok / Beg
6.   Perkhidmatan Potong Rumput / Mengecat / Semburan Racun Serangga
7.   Optical / Kaca Mata / Contact Lens
8.   Alat-alat Komunikasi / Telefon Bimbit / Kad Pra Bayar
9.   Jam Tangan / Alat Kecantikan / Kesihatan
10. Pasar / Peruncitan / Mini Market
11. Jual / Service / Repay Motor @ Kereta
12. Perkhidmatan Perhantaran / Sewa Kereta / Lori / Bas
13. Perkapalan / Kapal Terbang / Helikopter
14. Perkhidmatan Cuci Pejabat / Angkat Sampah / Sekuriti
15. Bekal Kertas / Kotak / Plastik

Jika anda sudah memulakan perniagaan seperti diatas , sudah tentu anda memerlukan seorang atau lebih pekerja yang dapat membantu operasi syarikat. 

*Jadi jangan lupa mendaftarkan pekerja-pekerja anda dengan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

*Perniagaan Anda  wajib berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Sila layari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk Info seterusnya



5. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

PERKESO

PERKESO merupakan agensi kerajaan yang mengutamakan Keselamatan Sosial Pekerja. Jika berlaku Kemalangan semasa / ketika / selepas bekerja keatas pencarum, PERKESO adalah tempat yang terbaik untuk anda rujuk dan membuat tuntutan kemalangan.

Anda di wajibkan supaya mencarumkan pekerja anda dengan PERKESO. Banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak PERKESO. Akta Kesematan Sosial Pekerja 1969

Antara Kemudahan:
1. Faedah Hilang Upaya Sementara (berlaku kemalangan)
2. Faedah Hilang Upaya Kekal (hilang anggota@patah)
3. Faedah Faedah Perubatan
4. Faedah Pendidikan
5. Faedah Orang Tangungan
6. Faedah Pengurusan Mayat
7. Faedah Perubatan
8. Elaun Layanan Sentiasa

PENDAFTARAN MAJIKAN
Majikan mesti berdaftar di PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh beroperasi. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi borang-borang berikut dengan lengkap dan jelas:
1.  Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) perlu disertakan dengan 2 salinan dokumen-dokumen berikut:
(a)  Syarikat Sdn Bhd
  • Borang 9 (Akta Syarikat 1965)
  • Borang 49 (Akta Syarikat 1965)
(b)  Kepunyaan Tunggal/Perkongsian
  • Borang D (Perakuan Pendaftaran)
  • Borang A (Perakuan Perniagaan) atau
(c)  Pejabat Peguam
  • Salinan Amalan Guaman daripada Majlis Peguam atau
(d)  Klinik
  • Borang 12 (Akta Perubatan 1971 – Kelulusan daripada MMA) atau
(e)  Pejabat Audit
  • Akta Syarikat 1965 – Kelulusan Juruaudit atau
(f)  Pertubuhan / Persatuan
  • Borang 3 (Peraturan) Akta Pertubuhan 1966 (Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984) atau
(g)  Lain-lain
  • Salinan No Kad Pengenalan (Majikan)
  • Salinan No Kad Pengenalan (setiap pekerja).
2.  Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja)
  • Ejaan nama dan kedua-dua nombor kad pengenalan pekerja perlu ditulis sepertimana yang tercatat dalam kad pengenalan pekerja. Borang 1 dan Borang 2 tersebut perlu dihantar ke pejabat PERKESO yang berhampiran. Nombor Kod Majikan dengan PERKESO akan diperuntukan dan digunakan dalam semua urusan.
Setelah Pendaftaran di lakukan, Anda akan menerima salinan Surat Pendaftaran Majikan. Di dalam surat pendaftaran tersebut mempunyai KOD MAJIKAN yang akan digunakan untuk setiap pembayaran caruman.

Pembayaran Caruman Boleh Dibuat Di:

1. Pejabat PERKESO
2. Maybank
3. Cimb Bank
4. RHB Bank
5. Public Bank
6. Pejabat Pos

Sila layari KWSP untuk info seterusnya

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


AKTA 452 

AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya. 

Pendaftaran Majikan

Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil berkerja untuknya.


Apakah tujuan mendaftar KWSP
Tujuan pekerja didaftarkan adalah untuk mewujudkan akaun bagi membolehkan caruman yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja itu dikreditkan ke akaun tersebut.

Siapakah Pekerja
Pekerja adalah seseorang yang bekerja di bawah satu kontrak perkhidmatan atau perantisan, sama ada secara bertulis atau lisan, dan sama ada dinyatakan atau tersirat untuk bekerja dengan sesebuah majikan.

Manfaat sebagai ahli dan mempunyai simpanan KWSP ialah: 

1. Faedah persaraan iaitu sumbangan dari majikan dan pekerja
2. Dividen tahunan ke atas simpanan
3. Bantuan Kematian / Hilang Upaya
4. Pelepasan cukai sehingga maksimum RM5,000 dan pelepasan cukai ke atas simpanan yang dikeluarkan. 

Kadar semasa caruman 
1. Pekerja = 11% 
2. Majikan = 12% 
3. Pekerja Warga Asing = 8%
4. Majikan Untuk Pekerja Warga Asing ( sebelum 1 Ogos 1998 ) = 12%
5. Majikan Untuk Pekerja Warga Asing ( selepas 1 Ogos 1998 )   = RM5

Dokumen Pendaftaran Majikan:
1. Salinan No Kad Pengenalan @ Pasport
2. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3. Borang KWSP 1

Setelah Pendaftaran di lakukan, Anda akan menerima salinan Surat Pendaftaran Majikan. Di dalam surat pendaftaran tersebut mempunyai KOD MAJIKAN yang akan digunakan untuk setiap pembayaran caruman.

Dokumen Pendaftaran Pekerja:
1. Salinan No Kad Pengenalan @ Pasport
2. Borang Permohonan Ahli - Borang KWSP 9B (AHL)

Pembayaran Caruman Boleh Dibuat Di:
1. Kaunter-Kaunter Pejabat KWSP Negeri
2. KWSP Cawangan
3. Agen-agen kutipan seperti Maybank Bhd, RHB, Public Bank Bhd, BSN
4. Internet melalui Bizchannel (BCB), PBeBank.com (Public Bank) dan Maybank2e.net (Maybank).
Sila Layari LEMBAHA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) untuk Info seterusnya

7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Setiap majikan di wajibkan mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Siapa yang perlu mendaftar Fail Cukai Pendapatan ?
  • Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai
  • Individu yang menjalankan perniagaan
  • Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Syarikat yang baru memulakan perniagaan
  • Individu/syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada
    pendapatan dividen
Dokumen sokongan yang diperlukan :
1. Individu tidak menjalankan perniagaan 

  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport) 
2. Individu menjalakan perniagaan
  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan 
 3. Syarikat
  •  Borang 9 & Borang 49 (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
Bila nombor rujukan Cukai Pendapatan akan diperolehi ?

Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara online.


Mendaftar Fail Cukai Individu
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.

Dokumen Pendaftaran Individu
Kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:

1. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,
2. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
3. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan